Utamakan rakyat, ketepikan agenda peribadi – Wan Saiful

KETUA Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan mengingatkan pemimpin parti itu supaya terus memberikan khidmat terbaik kepada rakyat dengan mengenepikan agenda peribadi.

Beliau berkata, banyak perkara yang masih belum diselesaikan terutama dalam usaha parti itu menyantuni rakyat yang seharusnya menjadi keutamaan.

“Menjadi harapan saya, berdasarkan pengamatan melalui jelajah ini agar Bersatu Sarawak berperanan penting dalam usaha menyantuni rakyat dan berkongsi kejayaan dalam aktiviti berteraskan pertanian dan penternakan.

“Kini banyak lagi tugas belum selesai terutama dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat kerana mereka yang perlu menjadi keutamaan, dan bukannya agenda untuk kepentingan peribadi,” katanya menerusi Facebook.

Wan Saiful berkata demikian selepas melakukan Siri Jelajah Penerangan Isu Semasa dalam lawatannya ke Pejabat Bersatu Bahagian Bintulu, malam tadi.

Turut hadir, Ketua Badan Pimpinan Bersatu Sarwak yang juga Ahli Dewan Negara, Jaziri Alkaf Abdillah Suffian dan Ketua Bahagian Bersatu Bintulu, Duke Janteng.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada seluruh pimpinan Bersatu Sarawak yang hadir malam tadi. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights