Dulu kawasan hitam, kini Jalan Alor dikenali destinasi makanan
Sharifuddin Abdul Rahim
SUATU ketika dulu jika disebut Jalan Alor, ramai terbayang kawasan hitam yang menyediakan perkhidmatan tidak bermoral kepada pengunjung hidung belang.
Kini apabila menyebut Jalan Alor, pasti ramai terbayang deretan gerai makan yang meriah terutama pada waktu petang dan malam di kawasan Bukit Bintang di ibu negara.
Destinasi terletak di kawasan segi tiga emas Kuala Lumpur itu bukan sahaja menawarkan beraneka jenis makanan yang pasti memenuhi cita rasa, malah hiburan serta lokasi melihat pelbagai gelagat warga kota. – Malaysiapost
KUALA LUMPUR, 10 Jun 2022. Kelihatan suasana meriah dengan pengunjung pelbagai bangsa ketika tinjauan di Pasar Jalan Alor Bukit Bintang.