Kes baharu Covid-19 kembali cecah angka 2,000
KES harian baharu Covid-19 kembali mencecah angka 2,000 apabila merekodkan 2,166 kes dalam tempoh 24 jam semalam.
Ia sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 di Malaysia setakat ini sebanyak 4,523,018 kes.
Berdasarkan data portal COVIDNOW, Malaysia mencatatkan kes di paras angka 1,000 selama 16 hari berturut-turut sebelum ini, dengan kelmarin merekodkan 1,879 kes.
Sementara itu, sebanyak 1,488 kes sembuh direkodkan dengan jumlah keseluruhan kes sembuh daripada Covid-19 sebanyak 4,464,558 kes. – Malaysiapost