LUAS tangani potensi pencemaran di Sungai Langat

TINDAKAN pantas petugas Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) berjaya menangani potensi pencemaran di Sungai Langat semalam.

Menerusi kenyataan malam tadi, LUAS memaklumkan pihaknya menerima maklumat daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) berhubung insiden air berwarna putih yang dikesan di Sungai Langat pada jam 3.30 petang.

Susulan itu, siasatan LUAS telah menemukan aliran air sungai berwarna putih dan bau seakan-akan klorin di kawasan Sungai Langat.

“Hasil siasatan pihak LUAS mendapati punca insiden aliran air berwarna putih adalah disebabkan terdapat pelepasan efluen daripada sump milik sebuah premis kilang yang melepaskan aliran air putih ke sungai tanpa melalui titik pelepasan akhir efluen premis ditetapkan.

“Pengaktifan Kod Kuning selaras dengan Manual Kecemasan Pencemaran Sumber Air Negeri Selangor melibatkan pihak Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dan Jabatan Alam Sekitar,” kata kenyataan itu. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights