2 kematian akibat Covid-19 semalam

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan dua kematian baharu akibat Covid-19 semalam.

Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak itu adalah 35,711 sejak virus tersebut melanda negara.

Berdasarkan data dimuat naik di portal COVIDNOW, tiada kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Pada masa sama, sebanyak 22,712 kes aktif Covid-19 di seluruh negara.

Selain itu, seramai 21,707 individu atau 95.6 peratus sedang menjalani kuarantin di rumah dan 25 ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Sebanyak 956 kes pula dirawat di hospital dan 24 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) yang mana 10 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 14 lagi memerlukan mesin ventilator. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights