Bekas Yang Dipertua Dewan Negara meninggal dunia

BEKAS Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abang Ahmad Urai Abang Mohideen, meninggal dunia di Pusat Perubatan Normah, Petra Jaya, di Kuching, Sarawak tengah malam tadi.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir jam 12.30 tengah malam pada usia 89 tahun.

Dilahirkan di Kuching pada 26 Jun 1933, Allahyarham menyandang jawatan Yang Dipertua Dewan Negara dari 12 Julai 1988 hingga 9 Julai 1990.

Jenazah akan diuruskan di kediaman beliau di Jalan Muda Hashim, Petra Jaya.

Veteran politik ini dipilih sebagai Yang Dipertua Dewan Negara menggantikan Tan Sri Benedict Stephens bermula pada 12 Julai 1988 hingga 9 Julai 1990.

Sebelum itu, beliau pernah menjawat Timbalan Yang dipertua Dewan Negara bemula 29 Julai 1985 hingga 10 Julai 1988.

Ahmad Urai dilantik sebagai Ahli Dewan Negara pada 13 November 1984 setelah dipilih oleh Dewan Undangan Negeri Sarawak.

Ahmad Urai berkahwin dengan Maria Anne Abdullah dan dikurniakan dua anak. Manakala perkahwinan keduanya adalah dengan Puan Sri Monique Miles Abdullah.

Jenazah Allahyarham akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam di Masjid Bahagian Kuching, hari ini. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights