Najib yakin ada harapan untuk kebangkitan politik

DATUK Seri Najib Razak yakin kebangkitan politiknya tidak mustahil, terutama dengan pendedahan terbaharu membabitkan Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Hal tersebut diluahkan bekas Perdana Menteri itu dalam temubual khas dengan CNN News18 India, semalam.

“Saya percaya pertuduhan itu bermotifkan politik dan pendedahan baru-baru ini oleh pasukan peguam saya sangat jelas dan kami hanya mempunyai akses kepada bukti tersebut baru-baru ini. Itulah sebabnya kami tidak dapat mengemukakannya lebih awal.

“Ia sangat jelas seperti yang dibentangkan oleh peguam saya, Hakim Mahkamah Tinggi juga keliru sedangkan itulah asas untuk satu perbicaraan yang adil.

“Saya berharap akan ada pengisytiharan salah laku, ia sudah tentu akan dimainkan dalam arena politik dan apa-apa yang akan positif dari segi undang-undang, akan membantu saya dari segi politik,” katanya seperti dilapor Astro Awani.

Beliau turut mengulas hubungan dua hala antara Malaysia dan India yang disifatkan terjejas di bawah pimpinan perdana menteri sebelum ini, namun percaya ia mampu dipulihkan.

“Saya sentiasa menganggap India sebagai sahabat rapat, dan saya melihat India sebagai salah satu sekutu strategik kami, pusat kuasa baharu, pusat kuasa yang semakin berkembang dan pastinya rakan kongsi strategik utama Malaysia.

“Kami percaya hubungan itu harus pelbagai, paling utama hubungan perdagangan dan ekonomi dan Malaysia berada dalam posisi untuk mengeskport lebih banyak minyak sawit ke India.

“Kekuatan India, sebagai contoh, dalam bidang IT, kami harus memanfaatkannya, serta menggalakkan pelaburan langsung asing ke Malaysia dari India dan juga merangsang pelancong untuk antara Malaysia-Indi,” ujarnya.

Dalam masa sama, beliau berkata amat positif dengan perkara tersebut dan banyak potensi bahawa hubungan dua negara itu akan berkembang dan akan lebih kukuh pada masa akan datang. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights