PN siap siaga perkasakan kekuatan komponen menjelang PRU15

PN siap siaga perkasakan kekuatan komponen menjelang PRU15

PERIKATAN Nasional (PN) akan terus memperkukuhkan gerak kerja semua parti komponennya dalam persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sekali gus mendepani isu-isu semasa yang dihadapi rakyat amnya.

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, mesyuarat majlis tertinggi PN yang dipengerusinya telah memutuskan untuk memperkasakan PN bagi menghadapi PRU15.

“Mesyuarat Majlis Tertinggi mengambil maklum tentang perbincangan tidak rasmi saya dengan pimpinan parti-parti politik yang lain. Mesyuarat juga membuat ketetapan untuk terus memperkasakan PN dan gerak kerja setiap parti kompenen,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

PN yang telah ditubuhkan susulan ‘Langkah Sheraton’ pada awal 2020 dianggotai parti Bersatu, PAS, Gerakan dan GRS.

Sementara itu, Muhyiddin mengumunkan, Presiden Gerakan Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai, Presiden dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan PN Pulau Pinang.

“Pelantikan Datuk Dr. Sahruddin Jamal Ketua Badan Pimpinan BERSATU Negeri Johor, sebagai Pengerusi Badan Perhubungan PERIKATAN NASIONAL Negeri Johor,” katanya. -Malaysiapost

Komen