1 kematian akibat Covid-19 semalam
KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan satu kematian baharu akibat Covid-19 semalam.
Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak itu adalah 35,172 sejak virus tersebut melanda negara.
Berdasarkan data dimuat naik di portal COVIDNOW, tiada kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).
Selain itu, seramai 31,375 individu atau 95.4 peratus sedang menjalani kuarantin di rumah dan 18 ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 976 kes pula dirawat di hospital dan 26 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) serta 15 pesakit memerlukan bantuan pernafasan. – Malaysiapost