‘Berak pun nak tunjuk, trend pun berpada-pada la Caprice’ – Netizen

VIDEO terbaharu penyanyi Rap, Caprice bersama isterinya, Farra Innalis yang melakukan tarian trending ‘Marry Me’ yang dimuat naik di laman Instagramnya mendapat kecaman netizen.

Difahamkan video yang dimuatnaik dua hari lalu itu, pada mulanya bertujuan mempromosi perisa vape yang dijual Caprice.

Namun, dalam video berkenaan terdapat satu sedutan memaparkan Caprice duduk di atas mangkuk tandas dipercayai hanya memakai kemeja dan boxer.

Sehubungan itu, rata-rata netizen menggangap tindakan ‘marketing’ itu agak keterlaluan kerana penyayi itu sebelum ini cenderung menitikberatkan soal agama.

Malah netizen berpendapat, tindakan Caprice itu tidak sepadan dengan jolokan ‘Tiger Of Al Quds’ yang kononnya sinonim dengan beliau.

Man.nz pula berkata:”Nampak macam penunggang agama tak?”

Qinnn.care berkata: “Seriuslah dekat tandas tu tak agak-agak bro?”

Amiraheleena:”Ingat best la tu marketing mcm ni? Kutuk orang nombor satu.”

Komik sempoi: “Astaghfirullahalazim trend pun berpada-pada.”

Akashahjamaludin:”Kenapa berak pun nak tunjuk? Tegur orang itu ini. Tapi?

Ajoiwel:”Aurat lelaki sampai lutut bukan tutup lutut je.”

Haffis_aliass:”Kenapa tu.. kena buat orang ke tu.” – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights