Fiza Elite terkejut difitnah ‘projek’ dalam tandas hotel

PELAKON Fiza Halim menafikan fitnah yang mendakwa dia melakukan perbuatan terkutuk di dalam bilik air sebuah hotel terkemuka, baru-baru ini.

Malah pemilik nama sebenar Siti Zaidatul Fiza Abd Halim itu menegaskan dia tidak akan sesekali melakukan perbuatan terkutuk yang boleh memalukan diri sendiri dan keluarga.

Bekas anggota kumpulan Elite itu mengakui terkejut apabila ada peminat menghantar paparan skrin artikel yang mendakwa dia melakukan perbuatan tidak bermoral itu.

Ibu tunggal kepada empat orang anak itu menjelaskan, pada awalnya dia enggan mengulas mengenai perkara itu kerana bimbang keadaan ibu sedang sakit.

“Ikutkan saya malas nak layan sebab tak tahu nak kata apa. Saya tahu fasal fitnah itu pun sebab peminat yang hantar kepada saya.

“Kalau saya diam saja, orang anggap berita itu betul. Kalau jelaskan pun, mesti ada yang kata tipu. Saya pun tak tahu dah nak kata apa.

“Ibu saya dah la tengah sakit! Dia baru saja disahkan mengidap penyakit kanser usus… dah masuk stage 3, tiba-tiba datang pula masalah lain,” katanya dipetik MStar, hari ini.

Bagaimanapun, Fiza yang berusia 40 tahun tidak mahu menuduh mana-mana pihak kerana menyedari mungkin ada pihak yang iri hati melihat kebahagiaannya.

Menjelaskan lebih lanjut, Fiza berkata, sebuah akaun Instagram berkongsi artikel mendakwa dia membuat maksiat dengan seorang pelanggannya dalam bilik air di sebuah hotel terkemuka.

Menerusi perkongsian itu juga, terdapat paparan skrin beberapa status pengguna Twitter yang mendakwa pernah membayar Fiza untuk pengkhidmatan seks.

“Boleh fikir sendiri, logik ke tak? Takkan la saya nak buat maksiat di tempat umum dan malukan diri sendiri dengan berkongsi di laman sosial.

“Agak-agaklah nak sebar fitnah sampai macam itu sekali… sangat melampau! Saya ada anak dan keluarga, takkan la saya nak buat benda terkutuk itu.

“Saya tak tahu siapa penyebar fitnah itu dan apa motif dia. Saya tak berani nak tuduh siapa sebab ramai orang dengki tengok kebahagiaan kita,” katanya. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights