SULTAN Johor Sultan Ibrahim Iskandar berkenan menerima kunjungan hormat kumpulan rock legenda tanah air, Search di Istana Bukit Serene, hari ini.
Kunjungan kumpulan Search yang diketuai Amy itu telah dikongsi di laman Facebook rasmi baginda.

“Amy atau nama sebenarnya, Suhaimi Abdul Rahman hadir bersama gitaris, Hillary Ang, Man Kidal dan pemain bass, Nasir Daud, yang mana ahli-ahli kumpulan Search merupakan anak kelahiran Johor Bahru dan Mersing,” menurut laman Facebook itu.
Dalam hantaran itu, Sultan Ibrahim juga berkenan berkongsi beberapa keping gambar pertemuan baginda dengan kumpulan rock tersohor negara itu.
Pada pertemuan bersama Baginda Tuanku Sultan, Amy turut mempersembahkan cenderahati berupa piring hitam album beliau, Gothik Malam Edan serta beberapa cenderamata lain daripada kumpulan Search. -Malaysiapost
Kredit Foto: Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
Kunjungi bahagian Hiburan untuk baca cerita yang terkini dan menarik