Aksi tepuk punggung, Kak KM buat hal lagi…
USAHAWAN sensasi, Liana Rosli atau lebih dikenali sebagai Kak KM sekali lagi mendapat kecaman netizen selepas memuat naik aksi menepuk punggung beberapa individu popular di media sosial, baru-baru ini.
Menerusi perkongsian video di Instagram, Kak KM menunjukkan usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida, pelakon, Ifa Raziah dan penyanyi Cheta Pot Pet memaparkan belakang masing-masing, kemudian pengasas produk itu menepuk punggung kononnya bagi mempromosi satu program yang akan diadakan 24 Jun ini.
“Punggung siapa yang paling mencengkam sekali, kita tengok! Jadi siapa nak dapatkan punggung paling ‘aum’ sekali, korang kena datang,” katanya.
Susulan itu, rata-rata netizen meluahkan rasa kurang senang dan yang beranggapan tindakan itu seolah-olah tidak menjaga maruah.
Ikram_shaari berkata: “Macam tak ada maruah langsung.”
Mia.haz0620 berkata: “Tak ada maruah langsung, setiap kali video geng dia ni mesti nak tunjuk gelek bontot, ada orang kata bontot pakai pampers tak payah la tayang bontot fake, tak lawa pun.”
M.amirr09 berkata: “Makin lama makin melampau.”
Sebelum ini, Kak KM yang sering mencetuskan video kontroversi untuk ‘marketing’ produknya, termasuk menerima teguran daripada kalangan pendakwah.
Penceramah terkenal, Ustazah Asma’ Harun juga pernah menasihati usahawan sensasi itu selepas mengundang kontroversi berhubung teguran daripada pendakwah bebas, PU Syed. -Malaysiapost