Bos Mydin kena ‘prank’ naik lori, staf buat kejutan sambut hari lahir

PENGARAH Urusan Mydin Mohamed Holding Berhad, Datuk Dr Ameer Ali Mydin terima ‘kejutan’ daripada kakitangan syarikat itu sempena sambutan ulang tahun kelahirannya, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian video lapan minit di YouTube Mydin TV, memaparkan kakitangan syarikat itu berpakat dengan isterinya, Datin Siti Hawa untuk melakukan ‘prank’ bagi memberi kejutan ‘Hari Jadi’ dalam masa sama tanda menghargai bos mereka.

Dalam video berkenaan, rancangan ‘prank’ bermula apabila pemandunya berpura-pura memaklumkan kereta yang dinaiki Ameer rosak, ketika itu dia dan isterinya dalam perjalanan ke salah satu pasaraya miliknya.

Kemudian, kononnya secara kebetulan sebuah lori Mydin berada di lokasi mereka dan membantu membawa Ameer dan isterinya ke destinasi yang ditujui.

Namun, reaksi Ameer dilihat mencuitkan kerana beliau kelihatan lega apabila terserempak dengan lori Mydin berkenaan.

Bagaimanapun, ‘prank’ itu hampir ‘terkantoi’ selepas Ameer terlihat kamera sedang merekodnya semasa di dalam lori tersebut, namun pemandu lori terbabit sempat ‘cover’ semula.

Setiba di lokasi, Ameer agak tergamam namun tetap tersenyum apabila disambut dengan tarian singa sebelum memasuki dewan untuk memotong kek hari lahir.

Rata-rata orang ramai yang menonton video itu memuji sikap ‘humble’ Ameer, walaupun dirinya seorang bos, senyuman tidak lekang di bibirnya.

KHS berkata: “Sempoi sangat, dia tak kisah pun kena naik lori. Isteri dia pun ok. Ya Allah kau rahmatilah orang yang sebegini.”

Flower berkata: “Disebabkan video ini menyebabkan aku nak sentiasa support Mydin. Rendah dirinya bos Mydin.”

Maznizach pula berkata: “Bagusnya Datuk dan Datin, tak merungut naik lori.”

Sebelum ini, Ameer memang cukup dikenali kerana sikap dan aksinya yang ‘sempoi’ dalam mempromosikan syarikatnya di media sosial.

Malah, perkongsian yang dibuat sedikit sebanyak menghiburkan hati orang ramai serta menarik perhatian netizen untuk sama bergurau. – Malaysiapost

Kunjungi bahagian Resam Hidup untuk baca cerita yang terkini dan menarik

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights