Covid-19: 4 kematian, 1 BID semalam

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan empat kematian baharu akibat Covid-19 semalam.

Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak itu adalah 35,716 sejak virus tersebut melanda negara.

Berdasarkan data dimuat naik di portal COVIDNOW, satu kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Selain itu, seramai 21,589 individu atau 95.5 peratus sedang menjalani kuarantin di rumah dan 16 ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Sebanyak 978 kes pula dirawat di hospital dan 24 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) serta 12 pesakit memerlukan bantuan pernafasan. – Malaysiapos

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights