10 bulan bersuamikan wanita

GARA-GARA perkenalan singkat selama dua minggu di aplikasi mencari pasangan, seorang wanita tidak menyedari dia sebenarnya berkahwin dengan pasangan sejenis.

Wanita itu memberitahu mahkamah di Jambi Indonesia, perasaan curiga mengenai jantina suaminya muncul apabila dia masih tidak dapat melihat alat sulit ‘suaminya’ dalam tempoh 10 bulan mereka berkahwin.

Malah ibunya turut merasa curiga apabila suaminya yang bernama Ahnaf Ahrafif tidak pernah membuka baju walaupun berada di dalam rumah.

Detiknews melaporkan, selama 10 bulan wanita itu tidak pernah mengesyaki ‘suaminya’ itu adalah seorang perempuan.

“Awalnya, dia mengaku bekerja sebagai doktor dengan memiliki banyak kelayakan akademik dari luar negara,” katanya kepada mahkamah.

Menurut wanita berkenaan, ‘suaminya’ tidak kelihatan seperti wanita langsung apabila pertama kali bertemu muka.

“Ketika itu, dia berpenampilan seperti lelaki dan tinggal di wilayah Lahat, Sumatera Selatan,” katanya.

Dia menjelaskan, nama sebenar suaminya adalah Erayani dan telah mengajaknya berkahwin setelah berada dua minggu di rumahnya.

Selama tinggal di rumah wanita itu, Erayani dikatakan bersikap baik dan mengaku bekerja sebagai doktor serta membantu merawat orang tua wanita terbabit yang ketika itu sedang sakit.

‘Lelaki’ itu kemudian mengajaknya berkahwin dan perkahwinan mendapat restu daripada orang tua wanita terbabit dan keluarga angkat ‘suami’.

Erayani juga dikatakan pernah mengaku bahawa dia memiliki hormon berlainan sehingga terjadi benjolan di bahagian dada yang sebenarnya adalah payudara.

Bagaimanapun, rahsianya terbongkar selepas ibu kepada wanita terbabit memaksa untuk membuktikan jantinanya. -Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights