Kes Zahid: Buku ‘faraid’ Wan Badak penuh misteri

Kes Zahid: Buku ‘faraid’ Wan Badak penuh misteri

Pak Ngah

Pak Ngah dok perati ja kes Zahid ni. Isnin dan Selasa minggu ni Wan Badak pulak jadi saksi ke 16.

Tok sah cerita panjang lah, soalnya siapa identiti sebenar disebalik “remarks” FM, FK, Rosli, Shahril dan sesekali KJ.

Untuk rekod di mahkamah FM menerima RM500,000 setiap bulan dari tahun 2014 hingga 2018.

Rakus bukan? Nilai RM500,000 ini hanya menurun sekitar RM100,000 hingga RM200,000 selepas PRU 14.

Yang lain? Malas cerita la, tapi kalau sebulan dah sampai RM18,000 hingga RM50,000 secara konsisten tiap tiap bulan. Pak Karim pun tau duit apa tu.

Jadi boleh faham la serba sedikit jalan cerita ni kan.

Ya semua maklum BN tewas dan PH mengambil alih tampuk pemerintahan negara. Jadi bayarannya ada kurang sikit la lepas tu.

Apa yang pelik, tidak satu pun daripada nama nama ni boleh dikaitkan dengan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menjadi “okt” dalam kes rasuah membabitkan Ultra Kirana Sdh Bhd (UKSB) ni.

Bukan Pak Ngah yang kata, tapi disahkan sendiri oleh Bekas Pengarah UKSB, Wan Quoris Wan Abd Ghani atau lebih di kenali sebagai Wan Badak dalam permeriksaan balas di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 13 dan 14 Jun baru baru ini.

Wan Badak tu juga bagitahu mahkamah beliau tidak pasti siapa identiti sebenar disebalik semua nama tu, tapi penama berkenaan bukan Zahid na.

Hat Pak Ngah pelik ni, Wan Badak tu sendiri mengaku bahawa dia, Lee Vui Khun (Harry Lee) dan David Tan akan berbincang sebelum membuat keputusan “memfaraid”. Tapi dia tak tau sapa depa bayaq, haru kes ni.

Duit UKSB tak cukup? Wan Badak dedahkan pula bahawa UKSB ada sumber kewangan lain yang datangnya dari Hong Kong. Macam cerita P Ramlie la. “Bapak saya belum kirim wang dari Hong Kong”.

UKSB kantoi? Kata Wan Badak, duit masuk melalui “offshore” dan tidak melalui saluran yang betul, tidak melalui “money changer”, Bank Negara apatah lagi. Jadi ni kes duit haram ka?

Ini fakta dalam mahkamah na, bukan buleh buat main. Pak Ngah tak reka.

Duit ni la katanya, buat bayar FM, AK, Rosli dan Shahril.

Tapi dalam buku “faraid” tidak satu pun merujuk kepada Zahid kata Wan Badak.

FM ni Foreign Minister, AK ni Akhbar Khan, Rosli dan Shahril ni SUB KDN, cadang peguambela. Wan Badak kata saya tak tahu. Jadi tak dapat confirm.

Eh takkan tak kenai kot, bukan ka hang, Harry Lee dan David Tan yang faraid ka? Ka hang bayaq buta ja kat depa atau hang makan sendiri.

Soalnya siapa FM ni, siapa AK? siapa Rosli dan Shahril ni. Kalau bab Zahid rasuah? Habis bab depa ni apa pulak? bantuan? tajaan?

SPRM? Sapa depa ni?

Pak Ngah lapang hari ni saksi tak buleh mai, sakit katanya.

Nota: Pak Ngah adalah nama pena, beliau adalah penulis yang mengikuti secara langsung perbicaraan membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Artikel ini disiarkan tanpa suntingan dan ia tidak mewakili pendirian Malaysiapost

Komen