MN belum berada di ‘surah’ terakhir – Mohd Amar

MN belum berada di ‘surah’ terakhir – Mohd Amar

HUBUNGAN Pas dan Umno dalam gagasan Muafakat Nasional (MN) masih lagi istiqamah dan tidak berada di ‘surah’ terakhir, kata Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Menurutnya, setakat hari ini MN belum berakhir sebagaimana didakwa oleh pucuk tertinggi parti berkenaan.

Jelasnya, kerjasama politik antara parti-parti besar Melayu amat diperlukan untuk kestabilan negara pada masa hadapan.

“Semua itu terpulang kepada Umno sama ada mahu tutup buku atau sebaliknya berkait dengan kerjasama MN.

“PAS belum tutup buku (kerjasama), sebab itulah masa Umno putuskan hubungan dengan Pas di Kelantan kita tidak memberikan sebarang komen,” katanya dipetik Utusan Malaysia.

Sejak akhir-akhir ini kerjasama antara Pas dan Umno bagaikan retak menanti belah susulan tindakan Pas yang tetap memilih menyertai Perikatan Nasional (PN). – Malaysiapost

Komen