‘Silap orang kau cari gaduh wahai wartawan s**l!’ – Syamsul Yusof

“CABAR aku, aku sampai aku cari”

Demikian amaran Syamsul Yusof kepada wartawan sebuah portal hiburan, yang didakwa ‘mencari’ penerbit dan pengarah itu selepas tidak kelihatan di tayangan perdana filem arahannya semalam.

Menerusi hantaran di Instagram, Syamsul menegaskan dia tidak bersembunyi seperti yang didakwa wartawan itu, malah ingin mencari penulis itu di pejabatnya.

“Wuih bahasa..bakar line nampak mStar? Aku tak menyorok la s**l. nak aku datang pejabat mStar cari siapa penulis ni ke sembur depan muka? Ini barang tak main dalam media.

“Silap orang kau cari gaduh wahai wartawan s**l. Nanti abang sampai ok?,” tulisnya.

Dalam pada itu, Syamsul juga mempersoalkan sama ada penulis itu bimbang jika namanya tersebar, kerana hanya meletakkan jenama portalnya di dalam artikel.

“Pandai sekarang tulis artikel bangang pastu tak letak siapa nama penulis. Hanya tulis ‘oleh mStar’ je. Asal? Takut? Cehh,” katanya.

Syamsul juga kesal kerana namanya sering dikaitkan dengan kontroversi walaupun mendakwa tidak menimbulkan masalah dengan pihak lain.

“Inilah dia.. kita tak cari masalah dengan orang, orang cari masalah dengan kita. Bila sampai masa kitab alas, kita pula yang dikatakan salah. Entahlah.. tunggu jela mStar,” ujarnya.

Hantaran tersebut didakwa ada kaitan dengan laporan portal mStar yang mempersoalkan ketiadaan kelibat Syamsul ketika malam Tayangan Perdana ‘Mat Kilau’, malam semalam.

Majils yang diadakan di GSC, The Starling Damansara, Selangor turut dihadiri bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Ali.

Kelibat Syamsul tidak juga muncul sehingga majlis itu berakhir menyebabkan program itu berlangsung dalam suasana tidak lengkap tanpa pengarah filem tersebut.

Difahamkan, ini bukan kali pertama pengarah muda itu tidak hadir ke majlis berkaitan dengan dirinya setelah diheret dalam kontroversi.

Spekulasi mendakwa Syamsul membuat keputusan membatalkan hasratnya muncul di khalayak ramai kerana bimbang ‘diserbu’ susulan tersebar cerita panas kononnya dia akan berkahwin lain dalam waktu terdekat ini. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights