Adibah Noor meninggal dunia

Adibah Noor meninggal dunia

PENYANYI terkenal, Adibah Noor telah menghembuskan nafas terakhirnya, lewat petang tadi.

Berita duka tersebut disahkan oleh pelakon, Datin Emylia Rosnaida yang juga isteri kepada Datuk AC Mizal di laman Facebook miliknya.

“Allahuakbar terkejut dapat berita ini. Sahabat kita yang versatile Adibah Noor baru sahaja meninggal dunia. Salam takziah dari kami sekeluarga,” tulisnya.

Sementara itu, menerusi perkongsian di laman Facebook memberitahu jenazah Allahyarhamah kini masih berada di sebuah pusat perubatan.

Dikatakan jenazah penyanyi itu akan dibawa ke rumah keluarganya di Keramat Permai, Selangor.

Sebelum ini, media melaporkan penampilan pelantun lagu Terlalu Istimewa itu menjadi perbualan netizen apabila gambar terbarunya menunjukkan tubuhnya semakin susut.

Bagaimanapun, tidak dinyatakan dia menghadapi sebarang penyakit, hanya kelihatan susut setelah nekad untuk lebih menjaga tahap kesihatannya sejak lebih dua bulan lalu memandangkan usia semakin meningkat. – Malaysiapost

Komen