Covid-19: 2,130 kes baharu direkodkan semalam

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan satu kematian baharu akibat Covid-19 semalam.

Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak itu adalah 35,731 sejak virus tersebut melanda negara.

Berdasarkan data dimuat naik di portal COVIDNOW, tiada kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Sementara itu, sebanyak 2,130 kes jangkitan baharu Covid-19 direkodkan semalam, dengan semua jangkitan adalah kes tempatan.

Pada masa sama, sebanyak 25,626 kes aktif Covid-19 di seluruh negara.

Selain itu, seramai 24,585 individu atau 95.9 peratus sedang menjalani kuarantin di rumah dan 13 ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Sebanyak 993 kes pula dirawat di hospital dan 35 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) serta 19 pesakit memerlukan bantuan pernafasan. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights