Elisya Sandha timang bayi perempuan

PELAKON Elisya Sandha, 23, yang juga isteri kepada anak pengarah Sheila Rusly, Uzair Haqimy, 26, selamat bersalin bayi perempuan di sebuah pusat perubatan pada jam 8.40 pagi tadi.

Berita gembira tersebut dikongsi Sheila dalam satu hantaran di Instagram miliknya, hari ini.

Sheila, 51, mengucap syukur dan sangat teruja menimang cucu dan menerima ahli baharu dalam keluarganya itu.

“Sentiasa bersyukur dan Alhamdulillah,” tulisnya dalam entri tersebut.

Lebih seminggu sebelum kelahiran itu, Sheila ada berkongsi dia juga orang pertama yang membelikan barang dan kelengkapan cucu perempuannya.

Menurutnya, dia ada mimpi cucunya lahir dan terus bagi nama.

Katanya dia akan gunakan nama itu dan hanya akan dikongsikan Elisya serta suaminya selepas dilahirkan.

Elisya dan Uzair yang juga merupakan pengarah dan pelakon disatukan sebagai suami isteri sekitar Ogos tahun lalu.

Pasangan tersebut mengenal hati budi masing-masing selama lima tahun sebelum memutuskan untuk mendirikan rumah tangga. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights