MASIH belum berkesudahan, penerbit dan pengarah, Syamsul Yusof dilihat semakin hilang sabar dengan tindakan seorang wartawan sebuah portal, yang disifatkan ‘kurang ajar’ dalam menaikkan sesuatu tajuk atau ‘headline’.
Luahan marah itu dikongsikan menerusi Instagram Story miliknya hari ini, Syamsul berkata, tajuk yang dituliskan itu agak ‘langsi’, bukan saja bagi meraih perhatian netizen malah dirinya juga selepas tidak muncul dalam tayangan perdana filem ‘Mat Kilau’, kelmarin.
Katanya, dia juga akan mengambil tindakan bagi memberi kesedaran kepada wartawan terbabit.
“Ini bukan kali pertama dan aku bukan orang seni pertama yang kena, banyak kali dah. Bahasa dan tajuk artikel Langsi sangat..ni bukan ‘news’ tapi ‘headline’ cari gaduh namanya..
“Nizam si a***ng mstar nak ‘attention’ sangatkan? nak pancing-pancing aku dengan ‘headline’ bodoh supaya aku meletopkan?
“Okay. Orang seni lain boleh ko sampahkan ngan artikel takde etika langsi macam ni, dengan aku memang silap besar,” katanya.
Suami kepada pelakon, Puteri Sarah Liyana itu berkata, kesabaran ada hadnya, kerana tajuk berita yang dikeluarkan memang melampau dan tindakan individu itu dianggap tidak menghormati orang lain.
“Kau suruh aku sabar..baik..tunggu aku ludah muka ko dulu Nizam, then masa tu aku pulak suruh ko sabar ye? ‘Get the point’? Hidup kalau tak nak orang kurang ajar dengan kita jangan pernah kita mulakan kurang ajar dengan orang lain dulu. Simple.
“Jangan dah buat ‘headline’ langsi cucuk orang dengan berita sampah ko pastu kecut telo ‘cover line’ guna alasan ‘eh kami wartawan’,” katanya.
Semalam, di media sosial yang sama, Syamsul telah memberi amaran kepada portal tersebut, susulan ‘headline’ berita mempersoalkan ketiadaannya ketika malam Tayangan Perdana ‘Mat Kilau’.
Ketiadaan Syamsul itu sekali gus menguatkan spekulasi yang mendakwa dirinya akan berkahwin lain dalam waktu terdekat ini. – Malaysiapost