Agong, Permaisuri zahir takziah kepada keluarga Adibah Noor

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga penyanyi dan pelakon Adibah Noor yang meninggal dunia, semalam.

Menerusi hantaran di Facebook Istana Negara, Seri Paduka Baginda berdua turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Adibah Noor dan menzahirkan harapan agar seluruh keluarga Allahyarham sabar serta tabah menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu ini.

“Seri Paduka Baginda berdua mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama para solihin.

“Seri Paduka Baginda turut menyifatkan pemergian Allahyarham sebagai kehilangan besar kepada dunia seni tanah air,” menurut hantaran Istana Negara itu.

Terdahulu, media melaporkan, Adibah Noor Mohamed Omar, 51, meninggal dunia di sebuah hospital swasta di sini, kira-kira 7.30 malam tadi akibat kanser ovari tahap empat.

Jenazahnya kemudian dimandi dan dikafan di Masjid Al-Ansar Taman Keramat, kira-kira jam 9.20 pagi tadi dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Keramat Permai, Kuala Lumpur sekitar 12 tengah hari tadi. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights