Covid-19: 2,127 kes baharu direkodkan semalam

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan hanya satu kematian baharu akibat Covid-19 semalam.

Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak itu adalah 35,732 kes sejak virus tersebut melanda negara.

Berdasarkan data dimuat naik di portal COVIDNOW, tiada kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Sementara itu, sebanyak 2,127 kes jangkitan baharu Covid-19 direkodkan semalam, dengan semua jangkitan adalah kes tempatan, sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan kes sehingga kini adalah 4,538,922 kes.

Pada masa sama, sebanyak 26,362 kes aktif Covid-19 di seluruh negara.

Selain itu, seramai 25,350 individu atau 96.2 peratus sedang menjalani kuarantin di rumah dan 8 ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Sebanyak 981 kes pula dirawat di hospital dan 23 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) serta 16 pesakit memerlukan bantuan pernafasan. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights