SERAMAI empat orang cedera, manakala 12 lagi terselamat dalam kejadian sebuah bas ekspres penghadang tol di Plaza Tol Ipoh Utara, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, difahamkan bas yang datang dari utara itu dikatakan ingin keluar di tol berkenaan untuk ke Terminal Amanjaya.
Jurucakap Bilik Gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Perak memberitahu, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 3.08 petang.
Menurutnya, sepasukan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru dikejarkan ke lokasi.
“Sebuah bas ekspres membawa seramai 16 penumpang melanggar besi penghadang tol kejadian berlaku di Tol Jelapang (Ipoh Utara) susur keluar ke Ipoh. Bas dari Pulau Pinang ke terminal bas Meru Raya.
“Sebaik menerima panggilan kecemasan MERS 999 Pasukan Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh di ketuai PBK II Mahmud Azaddin bersama 10 Anggota bergegas ke lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurutnya, setibanya di tempat kejadian didapati enam penumpang lelaki dan 10 wanita terbabit dalam kemalangan berkenaan.
“Seramai empat mangsa mengalami kecederaan ringan di hantar ke hospital menggunakan ambulans Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dengan bantuan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
“Punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya. – Malaysiapost
Kredit foto: Jabatan Bomba Ipoh