Kucing Allahyarham Adibah Noor terpelihara dengan baik

KUCING-kucing peliharaan peninggalan Allahyarham Adibah Noor dilaporkan dalam keadaan terpelihara bawah jagaan pembantu peribadinya dan ahli keluarga arwah.

Dalam satu ciapan dibuat oleh pembantu peribadi kepada pelantun lagu Terlalu Istimewa itu di laman Twitter Allahyarham, memaklumkan kesemua kucing berkenaan berada dalam keadaan baik.

“Assalamualaikum, sila ambil maklum, kebajikan kucing-kucing arwah Adibah Noor terpelihara dengan baik dibawah jagaan PA Adibah Noor & keluarga arwah.

“Mohon jangan terpedaya dengan berita berita palsu mengenai kebajikan anak anak kucing tersebut. PA Adibah Noor: ( Cik Todd),” tulisnya di Twitter hari ini.

Terdahulu media melaporkan Allahyarham Adibah Noor, 52, yang juga dikenali sebagai pencinta kucing memiliki lebih 40 ekor kucing peliharaan pelbagai baka termasuk kucing jalanan yang dibela di rumahnya.

Adibah Noor dilaporkan meninggal dunia di salah sebuah pusat perubatan swasta di Kuala Lumpur pada Sabtu lalu akibat kanser ovari tahap empat. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights