Lelaki cedera kafe meletup

SEORANG lelaki cedera dalam kejadian letupan membabitkan sebuah restoran di Bandar Saujana Utama, Sungai Buloh tengah hari tadi.

Rakam video dan gambar keadaan lelaki terbabit yang cedera dengan pakaiannya turut koyak dipercayai akibat letupan terbabit turut tular di media sosial.

Turut tular rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari premis berhampiran restoran berkenaan memaparkan detik-detik letupan berlaku dan dua lelaki dipercayai pekerja restoran berkenaan berlari keluar dari dalam restoran sejurus letupan berlaku.

Difahamkan, kedua-dua individu berkenaan tiba di kedai berkenaan yang masih belum dibuka pada jam 12.10 tengah hari dan letupan berlaku kira-kira dua minit selepas pintu dibuka.

Difahamkan juga, mangsa dihantar ke Hospital Universiti Teknologi MARA (UiTM) Puncak Alam untuk mendapatkan rawatan. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights