Tiada kematian akibat Covid-19 semalam

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan tiada kematian baharu akibat Covid-19 semalam, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak itu adalah 35,732 sejak virus tersebut melanda negara.

Berdasarkan data dimuat naik di portal COVIDNOW, tiada kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Pada masa sama, sebanyak 25,944 kes aktif Covid-19 di seluruh negara.

Selain itu, seramai 24,906 individu atau 96 peratus sedang menjalani kuarantin di rumah dan 15 ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Sebanyak 1,000 kes pula dirawat di hospital dan 23 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) yang mana lapan pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 15 lagi memerlukan mesin ventilator. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights