TERLAJAK perahu boleh diundur, terlajak perbuatan buruk padahnya.
Selepas teruk dikecam netizen kerana mempersendakan kematian Allahyarham Adibah Noor, seorang pengguna Facebook tampil memohon maaf atas kata-katanya.
Dikenali sebagai Ibnu Ahmad Ar-Rayyan, lelaki itu membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi satu hantaran di Facebook dengan nama Ibnu Ahmad Ar-Rayyan lll, dipercayai akaun terbaharunya.
“Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua. Di sini saya ingin memohon jutaan ampun dan maaf kepada seluruh Ali keluarga almarhum #Adibah_Noor khususnya dan kepada semua rakyat Malaysia amnya serta peminat almarhum khasnya diatas komen saya tempoh hari.
“Saya akui perkara ini atas kejahilan saya sendiri dan saya amat kesal di atas kekilaf saya.
“Saya berjanji tidak mengulangi lagi di masa hadapan, Insha-Allah. Moga Roh Adibah Noor ditempatkan di kalangan para solehin,” katanya.
Lelaki itu turut memaklumkan, semua akaun Facebook miliknya sebelum ini sudah disekat.
Sabtu lalu, negara dikejutkan dengan berita pemergian Adibah Noor yang juga Finalis Gegar Vaganza musim kelapan.
Bagaimanapun, lelaki berkenaan membuat komen biadab dan tidak menghormati perasaan keluarga Allahyarhamah Adibah Noor sekali gus mengundang kecaman netizen di media sosial. – Malaysiapost