PRESIDEN Amanah, Mohamad Sabu mengingatkan pimpinan serta ahli parti itu agar mempersiapkan jentera bagi berdepan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang bakal berlangsung dalam masa terdekat.
Ahli Parlimen Kota Raja itu turut mengingatkan jentera parti tersebut agar melipatganda program kerana penggal Parlimen untuk kerajaan sedia ada hanya tinggal setahun sahaja lagi.
“Sama-sama kita ingatkan, bahawa kita harus mempersiapkan jentera dan melipatgandakan program kerana penggal Parlimen untuk kerajaan hanya tinggal setahun sahaja lagi.
“Justeru Pilihan Raya Umum boleh berlaku bila-bila masa. Persiapan awal amat penting,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.
Terdahulu beliau merasmikan Mesyuarat Tahunan Amanah Padang Serai, Kedah malam kelmarin. – Malaysiapost