Zahidi sokong gesaan SPRM siasat DNB, pelancaran 5G

Zahidi sokong gesaan SPRM siasat DNB, pelancaran 5G

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah (SPRM) digesa menyiasat Digital Nasional Berhad (DNB) dan pelancaran rangkaian 5G yang sepatutnya dilaksanakan oleh syarikat itu.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata, pihaknya menyokong gesaan itu agar satu lagi ‘1MDB’ tidak muncul di negara ini. 

“Daripada RM11 bilion semasa pelancaran pertama, kini hampir RM30 bilion. Sekiranya perbelanjaan ini besar tetapi rakyat tidak dapat melihat perkembangan 5G, sudah tentu persoalan akan timbul.

“Kita tidak mahu 1MDB lagi, di mana Umno dituduh macam-macam. Daripada RM11 bilion yang pertama rollout (pelancaran), sekarang dah hampir RM30 bilion. 

“Kalau perbelanjaan yang sebegini besar tapi rakyat tak nampak apa perkembangannya di negara ini tentang 5G tentulah menimbulkan beberapa persoalan.

“Kita tak nak jadi 1MDB sekali lagi bahawa Umno dituduh macam-macam,” katanya kepada media di Wisma RTM, Kuala Lumpur, hari ini. 

Terdahulu, Zahidi telah menerima memorandum daripada Pemuda Umno yang mendesak SPRM agar segerakan siasatan terhadap DNB berhubung pelancaran rangkaian 5G.

Memorandum itu menuntut butiran terperinci tentang kos sebenar dan aspek kewangan lain bagi pelancaran 5G; meletakkan pegawai SPRM dalam organisasi DNB; dan agar pengurusan DNB membuat pengisytiharan aset dan pelantikan mereka disemak oleh kabinet; serta untuk syarikat itu membuat rancangan terperinci untuk penyertaan bumiputera.

DNB ialah syarikat tujuan khas yang ditugaskan untuk menyediakan rangkaian 5G di seluruh negara, dan kemudian akses borong kepada syarikat telekomunikasi.

Bagaimanapun, kaedah pelaksanaan itu telah menghadapi rintangan industri, yang diakui Zahidi.

Zahidi sebelum ini menuduh bekas bosnya Datuk Seri Saifuddin Abdullah dan Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz merancang DNB dan pelancaran 5G secara rahsia.

Zahidi menegaskan, antara perkara yang perlu diteliti SPRM ialah penyertaan bumiputera dalam projek itu.

“Saya minta SPRM menyiasat kekurangan penyertaan bumiputera dalam projek 5G ini. Bayangkan perbelanjaan RM30 bilion, tetapi tanpa agenda bumiputera yang kelihatan,” katanya.

Beliau juga menyifatkan model operasi DNB sebagai monopoli, dan ia harus dipecahkan. -Malaysiapost

Komen