Dikait dengan Syamsul Yusof, Ira Kazar akui masih ‘single’

PELAKON, Ira Kazar yang dikaitkan dengan pengarah filem, Syamsul Yusof menafikan dia sudah bertunang dan tidak menjalin hubungan dengan mana-mana lelaki.

Ira yang juga anak kepada pelakon popular, Kazar Saisi menjelaskan perihal statusnya menerusi Insta Story.

“By the way (Selain itu) Saya masih lagi ‘single’ (solo),” katanya.

Ira adalah individu yang didakwa akan melangsungkan perkahwinan dengan Syamsul dan semalam, seorang pengguna Twitter mendakwa mereka sudah bertunang.

Ciapan milik pengguna dengan nama, HannahMontana itu, berkata bapa dua anak itu sudah pun bertunang.

“Syamsul dan Ira Kaza sudah pun bertunang. Selamat bertunang Syamsul!!!!!!!!!,” tulisnya.

Selain itu, paparan skrin tersebut juga kemudiannya dikongsi oleh isteri Syamsul, pelakon, Puteri Sarah Liyana di Instagram Story (IGS) sambil menyatakan ucapan khas buat Syamsul.

“Terima kasih DM saya. Kalau betul, Alhamdulillah. Jangan lupa tanggungjawab pada anak-anak,” katanya.

Sebelum ini, media tempatan melaporkan rumah tangga Syamsul dan isterinya, Puteri Sarah didakwa dilanda masalah hingga mendapat perhatian netizen.

Puteri Sarah juga mengakui sudah lama tidak tinggal sebumbung dengan pengarah itu, malah mendakwa suaminya itu tahu kenapa dia bersikap ‘dingin’.

Syamsul juga dilaporkan mengaku mereka sudah tidak tinggal sebumbung tetapi tidak bermaksud mahu berpisah. – Malaysiapost

Kunjungi bahagian Hiburan untuk baca cerita yang terkini dan menarik

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights