Zuraida jumpa PM pagi ini

Zuraida jumpa PM pagi ini

MENTERI Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin dilaporkan bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pagi ini.

Pertemuan tersebut dilaporkan berlangsung sebelum mesyuarat Kabinet di Putrajaya.

Difahamkan ia dipercayai berkaitan kedudukan Zuraida dalam Kabinet selepas Ahli Parlimen Ampang itu mengumumkan keluar Bersatu dan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM), baru-baru ini.

Baru-baru ini, Ismail Sabri berkata beliau akan bertemu Zuraida minggu ini berhubung kedudukan bekas pemimpin Bersatu itu dalam Kabinet.

Perdana Menteri berkata, beliau telah memaklumkan perkara itu kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin dan akan bertemu Presiden Bersatu tersebut selepas pertemuan dengan Zuraida.

Baru-baru ini, Muhyiddin dilaporkan berkata pihaknya menunggu pertemuannya dengan Perdana Menteri  bagi membincangkan kedudukan Zuraida dalam Kabinet.

Muhyiddin berpendapat Zuraida perlu diganti kerana beliau adalah menteri Bersatu semasa memegang jawatan berkenaan. – Malaysiapost

Komen