BN Youth Job Fair tawar 20,000 peluang pekerjaan

BN Youth Job Fair tawar 20,000 peluang pekerjaan

LEBIH 20,000 peluang pekerjaan ditawarkan sempena BN Youth Job Fair 2022 yang berlangsung di World Trade Centre (WTC) di ibu negara bermula esok sehingga 26 Jun ini.

Peluang pekerjaan itu ditawarkan lebih 300 majikan terdiri agensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), syarikat konglomerat dan swasta.

Sehubungan itu, Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata orang ramai khususnya generasi muda yang masih mencari pekerjaan dan ingin mengembangkan kerjaya agar hadir karnival berkenaan.

“Jom hadir beramai-ramai ke Karnival Kerjaya BN Youth Job Fair di WTC Kuala Lumpur bermula 24 sehingga 26 Jun 2022 dari 9 pagi sehingga 5 petang.

“Lebih 20,000 tawaran pekerjaan menanti anda. Di sana nanti ada pelbagai peluang bantuan dan sokongan pembiayaan, tawaran rumah mampu milik dan juga latihan meningkatkan kemahiran.

“Tambahan daripada itu, kami menyediakan pelbagai kemudahan antaranya bimbingan kerjaya, klinik resume, on-the-spot interview dan pelbagai lagi,” katanya. – Malaysiapost

Komen