Hamzah jamu warga KDN ‘kenduri durian’ 

MENTERI Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin semalam menjamu warga kementerian itu ‘kenduri durian’ sempena musim raja buah itu. 

Berlangsung di pekarangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Putrajaya, sebanyak enam tan durian dibawa daripada Batu Kurau, Perak. 

Difahamkan, jamuan itu diadakan sempena majlis perjumpaan Menteri Dalam Negeri bersama warga KDN. 

Turut hadir, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim serta Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ismail Mohamed Said. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights