Kartel ayam: Laporan siasatan dijangka siap akhir Jun – Rosol

Kartel ayam: Laporan siasatan dijangka siap akhir Jun – Rosol

LAPORAN siasatan berhubung dakwaan kewujudan kartel yang bertindak mengawal harga dan pengeluaran bekalan ayam dijangka siap pada akhir Jun, kata Datuk Rosol Wahid.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna itu, berkata Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) berkemungkinan akan membentangkannya salam konvensyen yang diadakan tidak lama lagi.

“Laporan dijanjikan akhir bulan enam. Saya difahamkan ada Konvensyen MyCC dalam waktu terdekat mungkin ada dapatan di situ.

“Saya harap ia menghasilkan suatu yang terbaik,” katanya memetik laporan MalaysiaGazette.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan Kempen Jadikan Halal Pilihan Utama Anda, di bawah Inisiatif Bajet 2022,hari ini.

Februari lalu, MyCC menubuhkan pasukan khas untuk menyiasat dakwaan terdapatnya pelakuan antipersaingan merangkumi perjanjian antipersaingan atau penyalahgunaan kedudukan dominan dalam pasaran yang boleh meningkatkan harga-harga barangan dalam pasaran industri ayam.

Baru-baru ini, dilaporkan MyCC di peringkat akhir melengkapkan siasatan berhubung dakwaan kewujudan kartel yang bertindak mengawal harga dan pengeluaran bekalan ayam di dalam negara.

Siasatan berkenaan melibatkan beberapa saksi dalam kalangan penternak dan ‘integrator’. – Malaysiapost

Komen