Kenaikan harga barang asas, caj perkhidmatan perlu dibendung segera – Shafie Apdal

PERMASALAHAN lebih besar akan dihadapi jika kestabilan politik dan ekonomi negara tidak ditangani segera, kata Presiden Parti Warisan (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Menurutnya, ketika ini negara sedang berdepan dengan pelbagai tekanan kesan daripada ketidakstabilan politik dan juga faktor ekonomi yang tidak menentu. 

Ahli Parlimen Semporna itu berkata, harga barangan keperluan asas naik dan caj-caj perkhidmatan juga pastinya akan naik. 

“Keadaan ini sekiranya tidak dibendung dan diatasi dengan baik, bakal mengundang kepada permasalahan yang lebih besar kelak. 

“Tidak mustahil, lebih banyak pengangguran bakal direkodkan apabila perniagaan-perniagaan medium dan sederhana sudah tidak lagi dapat menampung kenaikan kos operasi,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Beliau berkata, tumpuan perlu diberikan kepada usaha dan inisiatif yang dilakukan oleh parti-parti politik kerana pada asasnya, penggubalan dasar dan polisi memerlukan penglibatan semua.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, semalam mengumukan kerajaan memutuskan untuk menghentikan penyaluran RM700 juta subsidi untuk menstabilkan harga ayam dan telur kerana mendapati tidak mencapai hasrat seperti dikehendaki.

Menurutnya, ketetapan itu juga dibuat kerana terdapat pihak yang mengambil kesempatan dengan terus menaikkan harga barang.

Selain itu, Perdana Menteri turut mengumumkan subsidi minyak masak berpaket dikekalkan dengan peruntukan RM4 bilion sepanjang tahun ini. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights