Keputusan STAM 2021 diumum Khamis depan

Keputusan STAM 2021 diumum Khamis depan

KEPUTUSAN peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2021 akan diumumkan Khamis depan.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), berkata calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan STAM daripada sekolah masing-masing mulai jam 10 pagi.

“Bagi calon persendirian, slip keputusan peperiksaan STAM akan dihantar melalui pos pada 30 Jun,” menurut kenyataan KPM, hari ini.

KPM berkata, calon sekolah dan persendirian juga boleh membuat semakan keputusan melalui dalam talian di pautan myresultstam.moe.gov.my mulai jam 10 pagi, 30 Jun sehingga jam 6 petang pada 6 Julai.

“Semakan keputusan peperiksaan juga boleh dibuat menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip STAMNoKPAngkaGiliran dan hantar ke 15888,” katanya.

Seramai 5,089 calon menduduki peperiksaan STAM di 132 pusat peperiksaan di seluruh negara. – Malaysiapost

Komen