KETUA Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan sama ada Mesyuarat Agung Tahunan Ke-14 FGV Holdings Bhd (FGV) yang akan diadakan hari ini hanya akan menumpukan kepada kenaikan elaun Pengerusi dan Lembaga Pengarahnya.
Beliau yang juga Presiden PKR, memaklumkan ada menerima butiran mengenai notis panggilan Mesyuarat Agung Tahunan tersebut.
“Saya difahamkan syarikat perladangan FGV Holdings Bhd akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-14 hari ini.
“Justeru, saya ingin bertanya adakah benar mesyuarat ini hanya akan menumpukan mengenai kenaikan elaun Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah FGV?” soalnya dalam ciapan di Twitter.
Menurutnya, jika perkara itu benar, maka beliau ingin bertanya bagaimana pula dengan nasib peneroka.
“Adakah permasalahan yang dihadapi mereka saat ini akan turut dibincangkan?” soalnya lagi. – Malaysiapost