‘Nak makan ayam, telur pun susah’ sindir Mat Sabu

‘Nak makan ayam, telur pun susah’ sindir Mat Sabu

SUSULAN kenaikan harga barang makanan, Presiden Amanah, Mohamad Sabu menyindir kerajaan yang seolah-olah menambah lagi kesusahan rakyat berikutan keputusan memansuhkan subsidi serta harga siling ayam dan telur.

Menerusi hantaran di Facebook miliknya, Ahli Parlimen Kota Raja itu memuat naik satu kenyataan ringkas namun sarat dengan sindiran terhadap kerajaan.

“Sekarang, rakyat susah nak makan telur dan ayam pun susah!” tulisnya ringkas.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengesahkan tiada lagi subsidi dan harga siling ayam dan telur berkuatkuasa Julai ini.

Manakala, subsidi untuk minyak masak kampit 1kg dikekalkan, namun subsidi minyak masak berbotol ditarik balik selepas diberikan ketika negara menghadapi pandemik Covid-19 lalu.

Berikutan itu, harga barangan makanan dijangka akan meningkat lagi menjelang Julai.

Susulan itu, kerajaan bersetuju memberi bantuan tambahan kewangan kepada golongan B40 iaitu sebanyak RM100 untuk isi rumah dan RM50 kepada yang bujang. – Malaysiapost

Komen