PELAKON veteran, Normah Damanhuri, teruja menerima ‘durian runtuh’ apabila anak perempuannya, selebriti media sosial dikenali sebagai Kak KM, menghadiahkannya kereta.
Dikhabarkan kereta yang dibelikan secara tunai itu bernilai lebih RM100,000.
Kak KM atau Liana Rosli menerusi hantaran di Instagram berkata memang pada awal dia sudah berniat menghadiahkan kereta tersebut meski pada awalnya Normah mengadu wang simpanannya tidak mencukupi.
“Macam ini lah, saya memang dah niat dah mak, kereta mak ini, saya hadiah untuk mak. Saya beli tunai untuk mak. Ini ikhlas untuk mak, mak janganlah menangis.
“Apa lah sangat, ini pun tak terbalas jasa mak,” ujarnya.
Mendengar kata-kata Kak KM itu, Normah lantas bangun dan menangis kerana terkejut dengan pemberian anaknya itu.
Bagaimanapun, tidak dinyatakan jenis kenderaan yang diberikan kepada pelakon berkenaan.
Perkongsian Kak KM itu mendapat pujian netizen yang senang melihat sikap pemurahnya dan tidak lokek membahagiakan ibu tersayang.
“Dalaman Kak KM ini baik, dia letak ibu paling teratas dalam hidup. saya doakan Kak KM akan menutup seluruh auratnya,” kata Mastura Che Mansur.
“Saya pula sebak dah terharu. Suka tengok hubungan anak beranak ni. Ini la antara punca rezeki Kak KM mencurah-curah sebab sentiasa bahagiakan ibu,” kata Rohayatie.
“Walaupun tengok dia ni banyak kontroversi, tapi hubungan dengan keluarga tetap boleh jadi contoh pada orang lain. Terbaik Kak KM,” kata Aznie. – Malaysiapost