Parking yang kosong jangan disangka tiada kancil, ramai yang ‘terkena’

‘PARKING’ yang kosong jangan disangka tiada kancil, itulah rungutan seorang ‘Mat Saleh’ yang berkongsi pengalamannya mencari parkir kenderaan di pusat membeli-belah di ibu negara.

Lelaki yang dikenali dengan nama Andrew Martin itu mengakui sering mengalami kejadian ‘tertipu’ itu hingga menyebabkan dia seakan membenci dengan rekaan kecil kereta Perodua Kancil.

“Rakyat Malaysia, saya tidak suka mengatakan perkara ini… tetapi saya mula tidak menyukai salah satu kenderaan anda.

“Saya rasa ia memang direka untuk melakukan penyeksaan psikologi!” katanya berseloroh.

Selain perlu berebut tapak parkir dengan pengunjung lain, pemandu juga sering ‘terpedaya’ dalam situasi yang tidak disangka-sangka.

“Sudah banyak kali memandu di mencari parkir kosong selama 15 hingga 20 minit di pusat beli-belah seperti One Utama atau Mid Valley.

“Sedang mencari tu, saya akhirnya terjumpa parkir kosong. Saya kemudian memecut ke parkir kosong itu sebelum ia diambil oleh orang lain,” katanya .

Namun, kata Andrew, sebaik tiba di parkir kosong itu rupa-rupanya sudah ada kenderaan lain yang diletakkan di tapak berkenaan.

“Hanya bila dah sampai, rupa-rupanya terdapat sebuah kereta Perodua Kancil di tapak parkir, yang sememangnya tidak boleh dilihat dari jauh sehinggalah anda sampai ke tempat tu,” katanya.

Rungutan Andrew di platform Linkedlin itu mencuit hati netizen hingga tular di media sosial.

Rungutan Andrew di platform Linkedlin

Malah, ramai yang mengakui mengalami nasib yang sama seperti itu, ‘terpedaya’ gara-gara kereta Kancil bersaiz kecil.

“‘You are not alone’ Bak kata pepatah parking yang kosong jangan disangka tiada Kancil.”

“Banyak kali jadi weh. Harapan palsu betul.”

“Itu la pagi tadi pun kena scam dengan Kancil masa nak cari parking depan pasar raya.”

“Jadilah bijak seperti Kancil,” antara komen-komen netizen. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights