PRU15: Syahredzan bakal tanding di Parlimen Bangi?

PRU15: Syahredzan bakal tanding di Parlimen Bangi?

SETIAUSAHA Politik Lim Kit Siang, Syahredzan Johan kini disebut-sebut kemungkinan bakal bertanding sebagai calon DAP bagi kerusi Parlimen Bangi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Cakap-cakap itu timbul selepas Ahli Parlimen Bangi, Dr Ong Kian Ming semalam mengumumkan Syadredzan akan mewakili beliau dalam membantu penduduk di kawasan tersebut.

“Saya melantik @syahredzan sebagai wakil saya di P102 Bangi untuk membantu saya dengan isu yang dihadapi oleh penduduk dan pengundi di kawasan ini yang telah mencecah 300,000 pengundi.

“Selamat datang ke kawasan parlimen Bangi kpd twetfemes!,” ciap Kian Ming di Twitter.

Syahredzan adalah Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP yang dilantik.

Pada 9 Mei lalu, Kian Ming, wakil rakyat DAP selama dua penggal mengesahkan beliau tidak akan bertanding dalam PRU15 akan datang.

Ahli Parlimen Bangi itu berkata keputusan tersebut dibuat untuk berehat daripada barisan hadapan politik, namun belum bersara daripada politik.

Dalam pemilihan CEC sebelum ini, Kian Ming yang sebelum ini dilapor menyokong kerjasama politik dengan kerajaan Tan Sri Muhyiddin Yassin tahun lalu, gagal mempertahankan kedudukannya. – Malaysiapost

Komen