Adakah Thommy Thomas akan dakwa Muhyiddin?

Razlan Rafii

PERKARA mudah untuk melarikan diri dari terperangkap adalah “tidak mengetahui butiran” “ianya tidak dalam pengetahuan saya” dan sebagainya.

Mana mungkin satu kes yang berprofil tinggi sebegini boleh terlepas pandang oleh seorang Peguam Negara. Di mana data penting ini boleh disorok, dan saksi adalah saksi kerajaan yang dipanggil untuk kepentingan kes ini bagi pihak Pendakwa Raya.

Kepada yang didakwa, ibarat nasi sudah menjadi bubur, dakwaan terpilih untuk memalukan dan bukan mencari keadilan, bukan juga untuk menjaga kepentingan wang rakyat atau kepentingan negara.

Sebagai Peguam Negara, memang memalukan apabila menjawab tidak mengetahui bahan kes mikro, buku 555 dan Lejar adalah bahan kes yang paling penting dalam pendakwaan ini, mana mungkin AG tidak melihat bahan kes ini, amat mudah dan senang untuk dilihat.

Inilah seorang Peguam Negara yang dilantik oleh Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menjalankan siasatan terpilih demi melakukan kemusnahan kepada musuh politik.

Adakah Latheefa Koya sebagai seorang Ketua Pengarah SPRM tidak juga melihat bahan kes ini? Sekiranya Peguam Negara tidak melihat mikro, apa kerja Lathefa Koya pula, samakah alasan beliau berdua?

Lathefa Koya juga lantikan Tun Dr Mahathir untuk membawa pendakwaan terpilih, beliau seorang ahli politik yang sudah pasti mahu melihat musuh politiknya dimalukan dan dikalahkan.

Cerita Thomy Thomas dan Latheefa Koya adalah kemusnahan sistem perundangan dan kepusnahan sistem penguatkuasaan negara,

Adakah Latheefa Koya akan memilih untuk mendakwa Tan Sri Muhyiddin sekarang sekiranya beliau masih Ketua SPRM?

Adakah Thommy Thomas akan mendakwa Tan Sri Muhyiddin sebagai Menteri Dalam Negeri ketika beliau menjadi Peguam Negara dan mengetahui bahawa salah seorang penerima wang dari UKSB?

Semasa PH memerintah, kes Lim Guang Eng digugurkan, Setiausaha Politik Mat Sabu, tiba-tiba punyai wang ratusan ribu untuk membayar hutang muflis, Rina Harun terus ada berjuta membayar wang hutang, ada kes pasir Pegawai Menteri 1.2 juta juga terlibat ketika 22 bulan PH memerintah. Ini semua bahan kes yang disimpan bawah karpet.

Dalam waktu kesibukan Peguam Negara dan Ketua Pengarah SPRM mendakwa musuh politik PH, pemimpin PH dengan kuasa besar dan dilindungi melakukan rahsuah secara berleluasa. Ini tidak masuk cerita pelbagai kontrak yang dibatalkan dan diugut untuk tidak membuat pembayaran, kuasa yang digunakan untuk membuka ruang Rasuah.
.
(Penulis ialah Ahli MKT Umno)
Tulisan ini dipetik sepenuhnya daripada Facebook penulis, tidak semestinya menggambarkan pendirian Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights