‘Jangan burukkan lagi keadaan’ – Jamal tegur Nur Jazlan

KETUA Umno Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Yunos menyelar tindakan Datuk Nur Jazlan Mohamed yang menggelar Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri Umno paling lemah dalam sejarah negara.  

Beliau berkata, Nur Jazlan yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Johor, sepatutnya memberi fokus kepada usaha memperkukuhkan perpaduan di kalangan pucuk pimpinan Umno.

Jelasnya lagi, adalah tidak wajar untuk Nur Jazlan membuat kenyataan bagi merendahkan peranan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri.

“Nur Jazlan sepatutnya bersyukur kerana kerajaan yang mentadbir negara pada hari ini adalah dari Perdana Menteri Umno. 

“Perlu diingatkan bahawa kerajaan hari ini adalah kerajaan sementara yang di ambil alih daripada kegagalan kerajaan 22 bulan Pakatan Harapan,” katanya dalam

Beliau berkata, Ismail Sabri ketika ini sedang memikul beban daripada kegagalan kerajaan PH untuk rakyat dan negara.

“Sekiranya kita tidak mahu bersimpati pun, sebaiknya janganlah memburukkan lagi keadaan,” katanya.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin turut menegur Nur Jazlan susulan kenyataan keras yang dibuat terhadap Ismail Sabri.

Menurutnya, Nur Jazlan tidak sepatutnya bercakap sedemikian kerana tindakan itu langsung tidak membantu Umno untuk menampakkan parti itu bersatu padu menjelang PRU15. 

Sebelum ini, Nur Jazlan dilaporkan melabelkan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri daripada Umno yang paling lemah dalam sejarah negara kerana didakwa tidak boleh membuat keputusan atau menegaskan kuasanya. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights