Ku Li syor gaji menteri dipotong 80%

Ku Li syor gaji menteri dipotong 80%

VETERAN Umno, Tengku Razaleigh Hamzah mengesyorkan gaji menteri dan semua ahli politik dalam pentadbiran kerajaaan dipotong 80 peratus.

Pada masa sama, Ahli Parlimen Gua Musang itu menyarankan semua elaun berkaitan dengan jawatan dihapuskan sehingga kedudukan kewangan negara pulih, atau dipotong 80 peratus dan sesetengah elaun yang tidak patut dibayar dihapuskan.

Tambahnya, gaji dan elaun untuk semua jawatan di syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan badan berkanun yang tidak mengalami kerugian atau susut nilai aset tidak dibenar dibayar melebihi 75 peratus gaji menteri Kabinet sesudah dipotong 80 peratus.

“Mereka yang bergaji akan dibayar setengah gaji (di peringkat pengurusan) dan suku gaji (di peringkat pengarah) sekiranya syarikat atau GLC mereka pimpin rugi.

“Gaji dan elaun yang telah dibayar melebihi had dan piawaian hendaklah dipulangkan kepada ajensi-ajensi berkenaan, bermula awal tahun 2019.

“Ramai antara mereka mungkin tidak pun berkelayakan menerima gaji RM5,000 hingga RM6,000 sebulan pun,” katanya menerusi kenyataan hari ini. – Malaysiapost

Komen