‘Terima kasih PM’ – Pemuda Umno

PEMUDA Umno menyambut baik keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak menaikkan kadar tarif elektrik dan air di Semenanjung.

Dalam kenyataan hari ini, Perdana Menteri juga memaklumkan harga ayam di pasaran tidak akan diapungkan.

Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki antara individu yang lantang menyuarakan pendapat berkenaan kenaikan tarif tenaga elektrik mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri menerusi hantaran di Facebook, sebentar tadi.

“Terima kasih YAB Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang telah menarik balik keputusan pengapungan harga ayam dan kekalkan tarif elektrik dan air demi maslahah rakyat,” tulisnya.

Sebelum ini, Asyraf Wajdi menggesa kerajaan mencari jalan agar tidak menaikkan tarif elektrik, dengan memindahkan kos kenaikan harga minyak dialami Tenaga Nasional Berhad (TNB) kepada rakyat dalam bentuk surcaj. 

Ujarnya, ia kerana kenaikan tarif tenaga elektrik bukan sahaja membebankan rakyat secara langsung bahkan menyumbang kenaikan harga barang dan perkhidmatan akibat kenaikan input kos yang mendadak.

Terdahulu, kerajaan memutuskan untuk tidak menaikkan kadar tarif elektrik dan air di Semenanjung dan harga ayam di pasaran tidak akan diapungkan.

Dengan keputusan itu, kerajaan terus komited menampung subsidi sebanyak RM5.8 bilion, meskipun berlaku peningkatan mendadak kos bahan api dan kos penjanaan lain.

Perdana Menteri berkata, pemberian rebat 2 sen/kWj dikekalkan kepada semua pengguna domestik dan tiada surcaj dikenakan.

Katanya, pengenaan surcaj 3.70 sen/kWj juga dikekalkan kepada pengguna bukan domestik iaitu pengguna komersil dan industri. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights