Iqbal minta netizen doakan bertemu jodoh

Iqbal minta netizen doakan bertemu jodoh

“KADANG-kadang saya stres fikir tentang jodoh. Saya boleh beli apa sahaja yang saya mahu tetapi pasangan hidup, ia tak semudah itu,” luah usahawan kontroversi, Iqbal Zulkefli.

Luahan itu dikongsi oleh Iqbal dalam laman Instastory miliknya semasa menjawab pertanyaan netizen yang ingin mengetahui status dan kehidupan peribadinya.

Menerusi soalan itu, netizen bertanya sama ada Iqbal sudah mempunyai teman wanita atau seseorang yang istimewa di hati dan meminta selebriti media sosial itu memberi jawapan yang jujur.

Iqbal atau nama sebenarnya Ahmad Iqbal Zulkefli, menjelaskan mendapatkan pasangan hidup yang boleh menerima kekurangan serta susah senang bersama tidak semudah yang disangka.

Malah, kata bekas peserta program Big Stage 2022 itu, ada masa air matanya mengalir memikirkan soal jodoh sebelum tidur.

“Menemui orang yang jujur, sanggup susah senang dan boleh terima segala kekurangan, ia tidak mudah. Tak semudah orang ramai bertanya ‘Iqbal bila nak kawin? Iqbal dah ada semua kenapa tak kawin? Iqbal, kawin sajalah’.

“Kadang-kadang saya menitis air mata di tengah malam. Tolong doakan saya ya,” katanya.

Sebelum ini, usahawan berusia 28 tahun itu pernah merancang untuk meminang usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida atau DSV pada tahun lalu namun hubungan mereka berakhir disebabkan konflik yang berlaku.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Hujan ini juga menjawab persoalan netizen yang ingin melihat gambarnya ketika zaman kanak-kanak. – Malaysiapost

Komen