Syamsul, kau hebat! – Aziz M Osman

SUTRADARA Aziz M Osman bingkas menghamburkan pujian kepada rakan sejawatnya, Syamsul Yusof kerana berjaya mencipta sejarah filem epik tempatan pertama meraih kutipan RM1 juta pada hari pertama tayangan.

Kejayaan Syamsul, 38, itu dikongsi Aziz di laman Facebooknya yang menyifatkan segala penat lelah pengarah itu berbaloi apabila filem ‘Mat Kilau’ mendapat sambutan luar biasa pada hari pertama tayangan di panggung wayang.

Aziz yang terkenal dengan menghasilkan filem-filem sains fiksyen itu juga tidak teragak-agak mengiktiraf karya terbaharu Syamsul itu meskipun menjelang tayangan Mat Kilau, pengarah itu dihimpit pelbagai kontroversi.

“@syamsulyusoffilm you have prove yourself worthy. Aku tak peduli apa orang kata pasal kau…Kau hebat!” katanya.

Pada hari pertama tayangannya kelmarin, filem Mat Kilau mencipta rekod sebagai filem epik tempatan pertama mencatat kutipan sebanyak RM1 juta.

Sehingga hari ini, filem terbitan Studio Kembara itu sudah mencatat kutipan hampir RM3 juta.

Syamsul berkata, dia bersyukur dan bangga apabila filem tempatan mendahului kutipan filem luar negara.

“Alhamdulillah untuk segalanya. Filem Melayu kita berjaya mengenepikan filem luar dan Hollywood antarabangsa. Dan itu, kamu harus berbangga. Tahniah kepada semua pasukan produksi saya,” katanya. – Malaysiapost

Artikel Terbaharu

Artikel Berkaitan

Verified by MonsterInsights